Friday 10 February 2012

Allah's words or human needs??? you choose..

as salam,
its been like ages im not blogging or stalking others people's blog
today, i don't know why tibe2 pulak nak tulis blog.
tbe2 ase nak buat voice out to people out there who still cannot differentiate between Allah's word and human's needs.

okie, i baru terbace salah seorang pnye komen kat fb.
she said, "ala klu pakai tudung pun tapi hati xbaik, x gune jugak"
hey, hello girl, u talk like u are God. cmne u bley taw hati orang lain???
totally pelik la ngan orang camni..
huh!!

awak2, pakai tudung tu arahan daripada siapa?? Allah or human??
so, if that is Allah's words.. just follow la..
nak bukti???
read this and fahami ayatnye betul2 ya..
surah al-azhab: 59
"wahai Nabi! katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuanmu, dan isteri2 orang2 mukmin, "hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demekian itu agar mereka lebih mudah dikenali , sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

de byk lagi ayat2 n hadith2 sahih, ok dear ..

so, for my personal opinion, i think that girls who are still not wearing jilbab, i think they are more to satisfy their needs..this is only my personal opinions, ok dears. 


last but not least, i want to apologize if i use harsh words..
maybe because i really geram with this girl using those words..
because the way she said like she know hati sseorang wanita y pakai tudung y hanya mngikut ALLAH'S WORDS..
:)

Sunday 15 May 2011

sama seperti dahulu

Dengan lafaz Bismillahirahmannirahim..

   Assalamualaikum w.b.t....ku ucapkan kepada sesiapa yang sudi membaca coretan kisah ku ini..sekadar pengongsian..mungkin juga pengajaran bagiku dan sesiapa di luar sana...
   Alahamdulillah ini merupakan kali pertama aku menulis blog..jadi,jika ada salah dan silap..harap dimaafkan..
                                                                                                     
                                      *     *      *     *     *        
                                "kau,betul2 dah berubah ke?"
                                  "ustazah dah datang la"     
                 "kau pakai stoking,tak payah pakai kasut la dah"


                Setiap kata-kata begitu yang datang padaku..aku hanya mampu mengukirkan senyuman..tetapi dalam hatiku..hanya Dia yang tahu..aku tidak mencaci..bukan pula memaki mereka..kerana aku fikir mungkin mereka tidak berniat..atau mungkin juga mahu membuat lawak..ku positifkan diriku.. ;)))


               Tetapi sering kali aku memikirkan soalan yang sama..SALAHKAH AKU BERUBAH ???dari segi pemakaian..memang tidak dinafikan mempunyai perubahan yang drastik..daripada pemakaian seledang beralih pada tudung bidang 50~!!..dari pemakaian ala-ala korea berubah ke pemakaian muslimah~!!..aku pakai stoking..aku pakai 'hand socks'..aku tidak menafikan sesiapa yang pernah mengenali diriku dulu akan terkejut dengan perubahan yang aku lakukan..even my own family members..


              Tetapi aku nekad..aku berubah sebab Dia..menjalankan perintahNya..aku sedar aku cetek ilmu tentang agamaku sendiri..banyak lagi yang harus ku perbaiki tentang diriku..akhlakku..niatku..tutur kataku..perilaku ku..aku pakai begitu bukan aku nak tunjuk alim,warak,solehah..kerana..bagiku pangkat alim dan solehah itu hanya Allah yang layak memberikannya..bukan manusia..seperti yang dikatakan oleh tok guru.."hanya Pencipta yang boleh mengenali ciptaanNya"..sesungguhnya Dia Maha Melihat lagi Maha Mendengar..


             Dan percayalah apabila kita memakai pakaian yang longgar,tudung yang labuh..kita akan rasa selamat..selamat daripada pandangan jahat kaum adam , dapat menjaga maruah diri,agama keluarga dan  diri kita akan di pandang tinggi oleh kaum adam..maksudnya mereka lebih menghormati kita..


            Akhir kata dariku..aku masih SAMA SEPERTI DAHULU..seorang yang suka ketawa , keluar dengan kawan-kawan dan my family members , berlawak dengan mereka , suka nyakat diorang , mendengar masalah dan memberi nasihat kepada mereka..cuma mungkin yang beza ialah caraku berpakaian..cara pembawakan diriku di akhlak ramai..tapi aku masih gadis yang pernah kalian kenali suatu masa dahulu..


Aku redha Allah sebagai Tuhanku,
Islam sebagai agamaku,
dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.....
as salam...